Friday, January 6, 2012

Doa Penyembuh penyakit

Nah,kau baca ni.... harap2 dapat bantu kau...

Enam ayat Al-Qur’an ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit. Rahsia ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW. Ayat-ayatnya ialah : (Sila rujuk Al-Qur’an untuk ayatnya

Surah al-Tawbah : 14  ” Dan (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati orang yang beriman”. 

Surah Yunus : 57 ” Dan penyembuh (penawar) bagi penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada.”

Surah al-Nahl : 69 “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.”

Surah al-Isra’ : “Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.”

Surah al-Syu’ara : 80 “Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku.”

Surah al-Fussilat : 44 “Katakanlah : Al-Qur’an itu ialah petunjuk dan penawar.”

Selawat Syifa : Maksudnya ” Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.”

Dipetik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato’ Ismail Kamus.

No comments:

Post a Comment